Zaid IbrahimRecensioni
Autore di I, Too, Am Malay
Recensioni
Questo sito utilizza i cookies per fornire i nostri servizi, per migliorare le prestazioni, per analisi, e (per gli utenti che accedono senza fare login) per la pubblicità. Usando LibraryThing confermi di aver letto e capito le nostre condizioni di servizio e la politica sulla privacy. Il tuo uso del sito e dei servizi è soggetto a tali politiche e condizioni.
Buku ini pada asasnya ialah satu usaha perbincangan intelektual tentang kedudukan serta peranan raja-raja Melayu di Malaysia mengikut skop perlembagaan Malaysia itu sendiri. Pada masa yang sama Zaid Ibrahim membangkitkan beberapa isu yang pada beliau menunjukkan terdapat kecenderungan penyimpangan peranan tersebut terutama selepas berlakunya isu pertukaran pemerintah di Perak yang pada beliau menunjukkan bagaimana institusi tersebut telah mula bergerak ke arah yang tidak sepatutnya dari sisi perlembagaan.
Zaid Ibrahim pada masa yang sama membangkitkan juga isu-isu agama dan politik yang berkait rapat dengan peranan istitusi beraja dan mencadangkan bagaimanakah seharusnya pihak istana memainkan peranan mereka dalam kerangkan perlembagaan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sihat.
Sebuah buku yang bagi saya sangat menarik dan berani.